PETALING JAYA: Kem olahraga berisiko terus ‘malap’ jika atlet pelapis masih belum mampu untuk menyaingi pesaing negara-negara serantau di pentas antarabangsa. Bekas jaguh pecut kebangsaan Nazmizan Muhammad berkata, ketandusan atlet pelapis itu jelas dapat dilihat dalam acara trek berbanding acara padang. Katanya, Malaysia juga ketika ini banyak bergantung kepada acara padang untuk mengutip pingat emas di Sukan SEA, sementara acara trek belum menunjukkan prestasi yang konsisten. “Memang acara padang yang…










