Harapan Evans musnah gara-gara tayar pancit    

Harapan Evans musnah gara-gara tayar pancit    

Pelumba pasukan Toyota Gazoo Racing, Elfyn Evans dan pembantunya Scott Martin memcut kereta Toyota GR Yaris Rally1 sepanjang laluan berbatu di Jeddah dalam saingan Kejuaraan Rali Dunia 2025, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Harapan Elfyn Evans untuk meraih gelaran Kejuaraan Rali Dunia (WRC) pertamanya menerima tamparan hebat apabila pelumba dari Wales itu kehilangan masa berharga akibat tayar keretanya pancit, semalam.

Beliau terpaksa menukar tayar belakang kiri yang menyebabkan kehilangan sekitar dua minit, sekali gus memberikan kelebihan gelaran kepada rakan sepasukan dari Toyota, Sebastien Ogier.

“Kami menerima amaran tayar pancit sebaik sahaja bermula. Tayarnya makin kurang angin dengan perlahan tetapi jaraknya masih jauh, jadi kami terpaksa membuat keputusan untuk menukarnya di tempat yang sesuai. Bukan sesuatu yang ideal,” kata Evans.

Ogier dari Perancis, yang ketinggalan tiga mata di belakang Evans menjelang penutup musim ini, menamatkan perlumbaan semalam di tempat keenam tetapi yang penting beliau berada lebih dua setengah minit di hadapan Evans, walaupun turut berdepan masalah dua tayar pancit.

“Esok kami perlu berharap agar tiada lagi tayar pancit. Saya tidak mahu mengambil sebarang risiko kerana kemungkinan besar kami tidak akan menamatkan rali ini,” kata Ogier.

Jika Ogier berjaya muncul juara, ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa kerana beliau telah meninggalkan empat perlumbaan daripada 14 acara musim ini.

Ia juga akan menandakan gelaran kesembilan, sekali gus menyamakan rekod yang dipegang lagenda Perancis yang lain, Sebastien Loeb.

Terdapat drama melibatkan pendahulu rali, Adrien Forumaux, yang menamatkan perlumbaan semalam di carta masa terpantas tetapi jatuh ke tempat keempat selepas penalti satu minit.

Kedudukan pendahulu kemudian diambil alih oleh Martins Sesks menjelang tiga peringkat terakhir pada hari terakhir lawatan sulung ke Arab Saudi ini. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN