PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) susulan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengekalkan hukuman terhadap badan induk berkenaan. Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya akan menyediakan segala dokumen, bukti dan hujah terbaik sebelum membawa kes berkenaan ke peringkat lebih tinggi demi maruah bola sepak Malaysia. Menurut Yusoff, tempoh masa 21 hari yang diberikan FIFA untuk membawa kes itu…










