NAMA Wazi Abdul Hamid bukanlah asing dalam dunia sukan pemotoran negara. Beliau pernah menerima gelaran ‘Raja Kapcai’ dan menggegarkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Namun siapa sangka, di sebalik perjalanannya itu tersimpan seribu satu kisah. Pada usia 55 tahun, beliau yang dahulunya berkecimpung dalam dunia dua roda kini bergelar doktor falsafah. Mengimbau permulaan beliau dalam sukan CubPrix, walaupun ketika itu berusia 18 tahun, pelbagai kejayaan dicipta sama ada dalam mahupun…










