Apa risiko rajuk sastera orang muda ?

Apa risiko rajuk sastera orang muda ? (Siri 1)

Projek Buku PENA Madani sedikit memberi harapan kerana pembayaran dibuat secepat mungkin tetapi projek seumpama ini bergantung kepada dana khas, barulah boleh diadakan.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

——————-Mukadimah———-
Apa risiko orang muda tidak berkarya. Talian hayat bidang sastera dan penulisan tanah air banyak bergantung sejauh mana karya terus dihasilkan dan tanggungjawab ini wajar dipukul golongan muda, Masalahnya adakah orang muda masih terbabit dalam bidang sastera dan penulisan. Laporan khas mini oleh LAUPA JUNUS ini mengupas penglibatan orang muda dalam sastera dan persepsi mereka dalam bidang tersebut, sama ada sebagai penerbit, pembaca dan pengkarya kategori golongan muda

Siri 2 Minggu depan: Apa hasil laporan kajian DBP dan UPM mengenai kecederungan belia baca novel ketika ini?

————————-mukadimah——————————————————————————————–

Malaysia ramai penulis muda tapi yang menghasilkan karya sastera bermutu tinggi, tidak semua boleh memilih ke jalan itu. Dari segi pendapatan dan pulangan, populariti dan medium karya boleh tersebar. Berbanding dengan karya popular dan kisah cinta.

Namun begitu, bidang sastera ini luas, bukan semata-mata menghasilkan karya kreatif dan fiksyen semata-mata. Tapi kita lebih fokus dengan menulis buku, dan puisi.

Golongan muda, sama ada mereka yang mendapat pendidikan khusus dalam penulisan kreatif di universiti atau yang menulis sekadar mengisi waktu luang, harus memahami keberadaan mereka dalam bidang yang ‘sunyi’ ini terlebih dahulu. Harus bersedia menerima bahawa ia bukan bidang yang memberi pendapatan lumayan, tetapi ada tanggungjawab lain yang perlu digalas.

Penulisan kreatif adalah salah satu cara merakam cerita masyarakat, jatuh bangun bangsa dan perkembangan semasa. Ia boleh menjadi peranan semua orang, persatuan penulis, institusi yang menyokong bakat anak-anak muda dengan memberi inisiatif berterusan baik dalam pemberian dana, hadiah sastera, teks diangkat sebagai rujukan di sekolah dan universiti, alih wahana ke bentuk visual dan seni lainnya. Penulis muda boleh nampak peluang lebih luas, dan konsisten menyumbang pemikiran.

Dengan cara itu, semangat mereka boleh dipupuk. Tiada Isu merajuk. Bidang penulisan sastera ialah pilihan peribadi penulis itu sendiri.

Melihat kepada penyertaan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun lepas, lebih 3000 penyertaan diterima untuk dinilai menunjukkan pengkarya masih ghairah menulis .

Apa yang ingin dibincangkan adalah sama ada pengkarya muda masih begitu, masih menekuni bidang penulisan apapun genrenya kerana di tangan merekal obor perjuangan terus diharap dapat dinyalakan.

Seorang penulis muda, Ruzaini Awang berpendapat, karya orang muda penting sebagai penerus legasi penulisan. Suka atau tidak mereka memerlukan dorongan supaya terus menulis terutama yang bergantung sepenuhnya kepada bidang penulisan sebagai sumber mata pencarian.

 

“Malangnya tidak semua penulis prolifik yang banyak melahirkan karya, melainkan mereka yang karya dijadikan teks sastera, sebahagian besar masih bergantung sama ada kepada penyertaan dalam hadiah pertandingan atau sayembara.

“Segolongan lagi mungkin bertuah jika buku masing masing laris terjual. Isu yang kita selalu dengar pula adalah rintihan penulis mengenai karya mereka lambat dibayar oleh penerbit. Keadaan ini menyebabkan pengkarya keputusan sumber pencarian,” ujarnya yang juga Munsyi DBP.

Projek Buku Pena Madani sedikit memberi harapan kerana pembayaran dibuat secepat mungkin tetapi projek seumpama ini bergantung kepada dana khas, barulah boleh diadakan.

Dalam jangka masa panjang, jika berterusan sesuatu boleh berlaku iaitu fenomena rajuk sastera disebabkan penulis terutama golongan muda ‘meletakkan’ pena dalam tempoh lama.
Maka jika masalah ini berlaku, penghasilkan karya kita akan terus dorman.

Kata Ruzaini lagi sastera ialah khazanah negara.

Beliau memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang pernah menyatakan dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Kemerdekaan 1964 bahawa, “Negara kita ini adalah amanah yang harus kita pelihara, dan generasi muda mesti terus menjaga serta mempertahankannya.”

Kata Ruzaini, sastera itu bak cerminan masyarakat sesebuah negara. Jika dibandingkan dengan Jepun dan China, negara ini menempatkan hierarki sastera pada kedudukan yang tertinggi dalam tingkat keunggulan masyarakatnya, seiring dengan bahasanya.

Hal ini menunjukkan bahawa sastera sendiri ialah sebuah khazanah intelek, sejarah dan warisan budaya negara yang harus dijaga, dipelihara malah didokumentasikan dalam pelbagai bentuk karya sama ada menyematkan sastera itu pada sebuah cerita hikayat mereka. Izharnya, masyarakat Malaysia khususnya penulis sama ada penulis mapan, berpengalaman, senior, muda, baharu mahu pun pemula harus menjaga, mewarisi dan meneruskan khazanah sastera di negara kita kerana hal itu membuktikan bahawa masyarakat Malaysia sememangnya golongan yang berintelektual setanding negara lain.

“Sebagai orang muda, saya berpandangan bahawa tiada istilah rajuk sastera lebih-lebih lagi apabila berniat untuk meninggalkan kegiatan berkarya pada masa ini dan masa hadapan kerana orang mudalah yang memikul amanah dan tanggungjawab itu untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia sememangnya memiliki minda intelektual kelas pertama setanding negara lain.

Semuanya sudah di bahu orang muda, maka tunaikan amanah sebagai ejen pewaris khazanah negara yang berharga ini,” ujarnya.

Rajuk Sastera itu bagi saya biasa. Penulis datang daripada latar belakang berbeza-beza, ada pekerjaan hakiki dan masalah hidup masing-masing, persamaan mereka adalah mereka berkarya.

Karya mereka karya sastera yang dibaca umum. Merajuk tu selalunya disebabkan individu penulis sendiri merasa penulis lain lebih mendapat perhatian atau penghargaan.

Dipanggil untuk acara itu ini dan kerap menjadi pembimbing dalam bengkel-bengkel sastera misalnya. Namun merajuk itu suatu kerugian jika penulis merajuk dan berhenti menulis.

Ada penulis yang tidak menanamkan tabiat membaca dan kesannya terlihat jelas dalam hasil karya mereka. Penulis muda yang rajin membaca dan berilmu, lihat saja macam Ruhaini Matdarin, Wan

Nor Azriq, Azrin Fauzi, tergambar dalam karya masing-masing.

“Untuk saya sendiri, saya tidak berpersatuan di Sabah. Saya fokus kepada menulis sahaja jika ada peluang di celah belahan masa yang dihabiskan dalam kerja hakiki.

“Saya tidak produktif tapi saya pastikan saya prolifik dengan daya dan konsisten dalam berkarya. Setahun kadang saya cuma ada sebuah puisi dan cerpen yang terbit, dalam Dewan Sastera atau akhbar atau majalah Sastera di Sabah. Ini kerana sukarnya saya memutuskan apabila karya tersebut betul-betul siap,”kata Ruzani.

Bagi seorang lagi penulis Rita Robert Rawantas, rajuk sastera itu bagi nya adalah biasa. Penulis datang dari latar belakang berbeza-beza, ada pekerjaan hakiki dan masalah hidup masing-masing, persamaan mereka adalah mereka berkarya. Karya mereka karya sastera yang dibaca umum.

 

Dipanggil untuk acara itu ini dan kerap menjadi pembimbing dalam bengkel-bengkel sastera misalnya. Namun merajuk itu suatu kerugian jika penulis merajuk dan berhenti menulis.

Ada penulis yang tidak menanamkan tabiat membaca dan kesannya terlihat jelas dalam hasil karya mereka.

Berkarya terletak di atas pilihan penulis sendiri, mahu ikut pertandingan, mahu menulis di media sosial atau fokus di majalah atau akhbar.

“Pada akhirnya, bagi saya karya asli penulis juga akan dipandang, bukannya seberapa aktifnya kita ke sana ke sini atau seberapa banyak kita kenal orang-orang penting dalam dunia penulisan. Itu semua perkara kedua, perkara pertama adalah hasil karya dan kekuatannya,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN