Arteta janji aksi derby utara London sengit

Arteta janji aksi derby utara London sengit

Mikel Arteta
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan aksi derby utara London menentang Tottenham Hotspur hari ini bukan sekadar perlawanan biasa tetapi satu pertarungan untuk menakluki sebahagian daripada ibu kota yang menjadi simbol kebanggaan kedua-dua kelab.

Arteta berkata, suasana derby itu sentiasa membawa emosi berbeza, lebih-lebih lagi dengan statusnya sebagai salah satu perlawanan paling panas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Ia memang berbeza. Ia sebuah bandar besar tetapi ia juga satu persaingan besar; ia adalah sebahagian daripada London yang kami mahu takluki dan mereka juga mahu melakukan perkara yang sama,” katanya.

Menurut Arteta, peralihan kuasa dalam derby tersebut sering berubah-ubah sepanjang tahun, namun kelebihan bermain di halaman sendiri memberi motivasi tambahan kepada skuadnya.

“Banyak perubahan telah berlaku sepanjang tahun, kami pernah lebih dominan, dan ia sesuatu yang sangat indah, terutamanya apabila kami bermain di laman sendiri di hadapan penyokong kami.

“Kami tahu apa maknanya kepada mereka dan tenaga yang mereka akan bawa, tenaga yang pasukan akan bawa dalam setiap Tindakan dan ia satu keistimewaan untuk bermain dalam perlawanan seperti itu. Kami tidak sabar menantikannya,” katanya.

Arteta turut berkata, setiap perlawanan pada musim ini hadir dengan cabaran berbeza, bergantung kepada momentum dan prestasi semasa setiap pasukan dan disebabkan itu mereka sentiasa membuatkan persediaan taktikal berubah-ubah mengikut keperluan situasi.

“Saya rasa Thomas (Frank) telah membawa sesuatu yang sangat berbeza berbanding apa yang mereka ada sebelum ini. Anda hanya perlu melihat rekodnya dan betapa hebatnya kerja yang telah dilakukannya di kelab lamanya,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN