LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan aksi derby utara London menentang Tottenham Hotspur hari ini bukan sekadar perlawanan biasa tetapi satu pertarungan untuk menakluki sebahagian daripada ibu kota yang menjadi simbol kebanggaan kedua-dua kelab. Arteta berkata, suasana derby itu sentiasa membawa emosi berbeza, lebih-lebih lagi dengan statusnya sebagai salah satu perlawanan paling panas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). “Ia memang berbeza. Ia sebuah bandar besar tetapi ia juga satu persaingan…










