PETALING JAYA: Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung tugas setiausaha agungnya, Datuk Noor Azman Rahman dianggap berat sebelah malah bukan penyelesaian tepat berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya. Pandangan itu disuarakan oleh pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli yang menegaskan, banyak pihak perlu bertanggungjawab dalam isu tujuh pemain warisan Harimau Malaya itu. “Tak adil sebab yang uruskan pasukan kebangsaan entiti berbeza. FAM tak boleh campur tangan pun…










