PETALING JAYA: Penubuhan jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya tidak memerlukan penyertaan wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli berkata, tiada keperluan wakil SPRM dan PDRM dalam jawatankuasa berkenaan kerana termanya tidak boleh terlalu besar dan isu yang melibatkan proses Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bukan sesuatu yang jawatankuasa tersebut boleh menyiasat. Katanya,…










