Tampil pikul tanggungjawab

Tampil pikul tanggungjawab

FIFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gesaan pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang mahukan semua pihak bertanggungjawab terhadap kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya wajar disahut oleh mereka yang terbabit.

Pemerhati bola sepak tempatan, Profesor Madya Dr. Zulakbal Abd. Karim berkata, beliau turut memuji kesediaan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu untuk mengambil tanggungjawab berhubung isu tersebut.

“Saya puji tindakan Tunku Mahkota Ismail yang bersedia bertanggungjawab malah mahu semua pihak terbabit turut mengambil langkah yang sama.

“Dalam FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) masih belum ada lagi yang nak bertanggungjawab kecuali Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman (Rahman),” katanya.

Kelmarin, Tunku Mahkota Ismail menegaskan, semua pihak tidak seharusnya menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain, sebaliknya perlu tampil bertanggungjawab susulan isu hukuman oleh FIFA.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar turut senada apabila tidak menyangka Tunku Mahkota Ismail berani tampil ke hadapan untuk mengambil tanggungjawab.

“Daripada situ kita nampak jiwa dan cintanya terhadap bola sepak negara,” katanya.

Pada 17 Oktober lalu, Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram memaklumkan bahawa Noor Azman digantung serta-merta susulan keputusan tatatertib berkaitan isu dokumentasi tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.

Bulan lalu, FAM dan tujuh pemain warisan iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel telah dihukum oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN