Sokongan Ratcliffe bukan bermakna selesa

Sokongan Ratcliffe bukan bermakna selesa

Pemain Manchester United, Benjamin Sesko menjalani latihan dalam gimnasium sebagai persediaan perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool, hari ini. - FB MANCHESTER UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menegaskan, sokongan daripada Sir Jim Ratcliffe tidak akan dijadikan alasan untuk berasa selesa, sebaliknya menuntut pasukannya bangkit segera bagi mengubah nasib dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ratcliffe sebelum ini menyuarakan keyakinan terhadap Amorim dengan menyatakan pengendali dari Portugal itu wajar diberi peluang menamatkan kontrak tiga tahun bagi membuktikan kemampuannya di Old Trafford biarpun berdepan musim pertama yang sukar.

Namun, Amorim enggan berselindung di sebalik kepercayaan tersebut, sebaliknya menganggap tekanan untuk memenangi perlawanan tetap menjadi keutamaan.

“Memang menyenangkan apabila mendengar sokongan seperti itu, ia membantu penyokong faham bahawa proses pemulihan memerlukan masa.

“Tapi pada masa yang sama, saya tidak mahu pemain berasa kami mempunyai masa yang panjang untuk memperbaiki keadaan.

“Kami perlu buktikan bahawa kami bersedia untuk menang sekarang,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

United kini menghuni tangga ke-10 liga, ketinggalan lima mata di belakang Liverpool yang bakal menjadi lawan seterusnya di Anfield, hari ini.

Amorim hanya mencatat 10 kemenangan daripada 34 perlawanan sejak mengambil alih musim lalu, satu rekod yang semakin menambah tekanan ke atasnya.

Musim lalu, keputusan seri 2-2 menentang Liverpool dianggap antara pencapaian terbaik United di bawah kendalian Amorim, namun pengendali berusia 39 tahun itu mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki terutama dari segi mentaliti pemain.

“Apabila anda bermain untuk kelab besar seperti Manchester United, tanggungjawab untuk menang sentiasa ada.

“Kadang-kadang apabila tekanan itu tinggi, kami sukar beraksi bebas. Itu yang perlu kami ubah,” jelasnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN