Skuad terjun pelapis galas cabaran ke Thailand

Skuad terjun pelapis galas cabaran ke Thailand

Nurul Huda Abdullah (dua dari kiri) bertemu skuad ping pong di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad terjun negara bakal mempertaruhkan barisan atlet pelapis bagi menghadapi Sukan SEA 2025 Thailand, sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang menjelang kitaran Olimpik akan datang.

Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2025, Nurul Huda Abdullah berkata, temasya dwitahunan itu dilihat menjadi medan terbaik kepada atlet muda negara untuk mendapatkan pendedahan dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.

“Seperti yang anda tahu, kita kini berada dalam kitaran Olimpik yang baharu, menuju ke Sukan Olimpik 2028 dan 2032. Maka, ini adalah sebahagian daripada proses persiapan jangka panjang. 

“Tahun depan pula, kita akan menghadapi temasya seperti Sukan Asia dan Sukan Komanwel, manakala pada 2027 kita akan menjadi tuan rumah Sukan SEA.

“Jadi, Sukan SEA 2025 ini merupakan satu pentas persiapan yang penting untuk kita melihat tahap semasa dan menilai di mana kedudukan kita berbanding negara-negara lain di rantau ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini, Malaysia membawa pulang empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada edisi 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Nurul Huda yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, jurulatih, Eric Anderson dan pengarah teknikal renang negara, Megan Oesting sedang merangka strategi dengan mencari gandingan perenang baharu terutamanya dalam acara berpasukan.

“Mereka juga sedang mengenal pasti peluang dalam acara-acara tertentu yang mungkin boleh memberi kita peluang untuk meraih lebih banyak pingat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN