PETALING JAYA: Skuad bawah 23 (B-23) tidak gentar berdepan Vietnam dalam saingan Kumpulan B di Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Chiang Mai, Thailand pada Disember ini. Pengendali skuad B-23, Nafuzi Zain berkata, diundi bersama Vietnam yang juga juara Piala ASEAN 2024 tidak menghalang pasukannya memberi komitmen penuh dalam temasya dwitahunan itu. “Saya amat teruja dengan keputusan undian bagi temasya Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung dari 3 hingga…










