Prestasi MPC memuaskan, Izzat kekal konsisten

Prestasi MPC memuaskan, Izzat kekal konsisten

Pelumba melalui selekoh di Jambatan Sultan Ismail dalam perlumbaan peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 dari Melaka ke Medini, Iskandar Puteri, semalam. – mingguan/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Prestasi pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) masih memuaskan meskipun masih belum memenangi kedudukan podium ketika ini.

Pengarah Sukan MPC, Sayuti Zahit mengakui prestasi pasukan pendaki masih belum memuaskan berbanding dengan pelumba pecut.

“Pakar pendaki kita setakat ini belum menunjukkan prestasi terbaik, tapi pasukan pecut masih berada dalam keadaan baik.

“Kita akan terus pantau dan rancang strategi baru menjelang peringkat kelapan,” katanya.

Sementara itu, pelumba MPC, Muhammad Izzat Hilmi Abdul Halil berpuas hati selepas berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok 10 terbaik peringkat ketujuh pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025, walaupun sedikit menurun berbanding kelmarin yang menamatkan di kedudukan keempat pada peringkat keenam.

Izzat yang berada di tempat keempat selepas perlumbaan semalam menghuni tangga kesembilan, namun tetap menganggap prestasi pasukan masih berada di landasan baik.

“Okey lagi, masih dalam kedudukan 10 terbaik. Hari ini turun sikit nombor sembilan, tapi masih okey.

“Laluan pun panjang, agak mencabar dengan beberapa selekoh tajam di kilometer terakhir, tapi yang penting semua selamat,” katanya selepas tamat perlumbaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakan senegara,Muhammad Nur Aiman Rosli, yang menamatkan saingan di tempat kedua pada peringkat ketujuh, semalam.

“Tahniah juga kepada Aiman yang menang podium. Kami cuba kekal dalam kelompok hadapan dan syukur semua selamat,” katanya.

Mengulas cabaran seterusnya, Izzat menjangkakan peringkat terakhir hari ini yang menyaksikan laluan Tangkak ke Kuala Lumpur sejauh 180.2km bakal menjadi ujian sebenar buat pasukan MPC apabila melalui peringkat beralun yang akan menjadi medan pertempuran di pendakian-pendakian akhir menuju Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN