Persib waspada kebangkitan Faisal Halim

Persib waspada kebangkitan Faisal Halim

Prestasi Faisal Halim mengundang rasa gerun dalam kalangan pasukan lawan. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi memuncak kapten Selangor FC, Faisal Halim mengundang gerun Persib Bandung dalam pertemuan kedua-dua pasukan bagi saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Gelora Bandung Lautan Api di Indonesia, esok.

Ketika ini, pemain Harimau Malaya itu berada di prestasi terbaik dengan meledak gol dalam tiga aksi terakhir iaitu semasa skuad kebangsaan menumpaskan Laos dua kali dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027, selain meledak dua gol ketika Gergasi Merah menumpaskan Negeri Sembilan FC dalam aksi Piala FA.

Sehubungan itu, ketua jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak, mahu anak buahnya memberikan fokus 100 peratus menjelang perlawanan getir menentang Selangor dan menganggap Faisal boleh memberi cabaran besar dalam aksi berkenaan.

Bekas pengendali Kuala Lumpur (KL) City dan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui anak buahnya sudah bersedia untuk melayan kunjungan Selangor, biarun bakal berdepan pasukan yang sedang dalam momentum terbaik.

“Selangor ialah pasukan yang bagus, mereka bermain dengan sangat baik dan baru memenangi perlawanan. Mereka memiliki pemain yang sangat berkualiti dan baru sahaja menggantikan jurulatih.

“Selangor dilihat begitu bahaya ekoran mempunyai pemain yang pantas. Selain itu, Faisal Halim juga ketika ini dalam momentum terbaik dan menjadi aset untuk mencetak gol.

“Jadi, kami harus mencari jalan dan memperkuat barisan pertahanan,” katanya.

Persib kini menghuni kedudukan kedua Kumpulan G dengan berkongsi mata bersama wakil Singapura, Lion City Sailors, sementara skuad kendalian Christophe Gamel berada di tempat tercorot tanpa sebarang kemenangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×