Pengalaman Vittoz jadi sandaran

Pengalaman Vittoz jadi sandaran

Serge Vittoz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz cukup penting dalam usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FM) melindungi pemain dan menjaga integriti bola sepak serta pasukan kebangsaan

Reputasi dan kredibiliti Vittoz bakal menjadi sandaran FAM untuk berdepan hukuman yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan.

Peguam daripada firma Charles Russell Speechlys yang berpangkalan di Zurich, Switzerland itu memiliki kepakaran dalam mengendalikan kes membabitkan organisasi dalam sukan di bawah naungan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Vittoz juga pernah memberi memberi nasihat dan mewakili sebuah persekutuan bola sepak kebangsaan dan seorang pemain bola sepak profesional, yang membolehkan mereka masing-masing menyertai Piala Dunia 2018 dan 2022.

Pegawai Eksekutif skuad Harimau Malaya, Rob Friend menyifatkan kehadiran Vittoz adalah tindak balas segera yang diambil selepas FIFA menjatuhkan hukuman terhadap tujuh pemain kebangsaan.

“Saya tahu kami perlu melindungi pemain kerana mereka adalah wira. Mereka sudah berjuang dan berkorban demi mewakili Malaysia. Jadi pada 22 Ogos, saya terus terbabit secara langsung dalam kes ini dan kami segera mendapatkan pasukan peguam terbaik bertaraf dunia.

“Kami pastikan segala-galanya didokumentasikan dengan jelas dan disiasat secara telus. Saya ingin memahami bagaimana kami boleh melawan isu ini demi pemain dan pasukan kebangsaan.

“Kami bekerjasama dengan FIFA kerana kami percaya dengan niat yang baik, kita mesti memahami apa yang sudah berlaku. Menerusi ketelusan dan kerjasama dengan FIFA, kita ingin fahami prosesnya dan menyiasat bersama mereka.

“Saya sendiri sudah beberapa kali ke Miami untuk bertemu dengan FIFA, menunjukkan komitmen bahawa kami benar-benar mahu memahami isu ini dan memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” kata Friend. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×