MENJAMU selera di tingkat 75 Park Hyatt Kuala Lumpur, Menara Merdeka 118, bukan sekadar menikmati hidangan, tetapi sebuah pengalaman eksklusif dengan panorama Kuala Lumpur yang menakjubkan. Park Hyatt Kuala Lumpur bukan sekadar destinasi menjamu selera, tetapi sebuah perjalanan rasa mewah sambil menikmati Kuala Lumpur dari perspektif yang paling menawan. Restoran Merdeka Grill dan Park Lounge, berlatarkan dinding kaca dari lantai hingga ke siling, menawarkan pemandangan ikonik Menara Berkembar Petronas, Menara…