MANCHESTER: Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola berkeyakinan penuh terhadap pasukannya apabila tiada pemain yang dilaporkan mendapatkan kecederaan baharu menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford, hari ini. City yang sebelum ini beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara, Rabu lalu menyaksikan mereka mencatat keputusan seri 2-2 menentang Monaco dengan kedua-dua jaringan pasukan dilakukan oleh Erling Haaland. Rodri yang terlepas perlawanan ketika membelasah Burnley 5-1 akibat kecederaan turut kembali beraksi dalam kejohanan…