KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menghantar lebih daripada 1,000 atlet ke Sukan SEA 2025 di Thailand sekali gus menjadikannya kontinjen terbesar dalam sejarah penyertaan negara dalam temasya itu. Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2025, Nurul Huda Abdullah berkata, penyertaan lebih 1,000 atlet itu didorong oleh penganjuran banyak acara berpasukan oleh tuan rumah, sekali gus menyumbang kepada saiz kontinjen terbesar setakat ini. “Ini sebenarnya akan menjadi kontinjen terbesar kerana kita akan…