Iskandar mula tugas

Iskandar mula tugas

Datuk Tey Seu Bock (dua dari kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorangan wanita yang baharu, Iskandar Zulkarnain Zainuddin bertekad untuk menggilap barisan pemain negara dengan penekanan kepada aspek taktikal, konsistensi dan kualiti latihan.

Beliau yang memulakan tugasnya semalam berkata, pendekatan latihan nanti lebih menumpukan kepada intensiti, kelajuan serta penguasaan taktikal dalam gelanggang.

Iskandar, 34, menegaskan, beliau lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti dalam latihan, selain mahu meningkatkan tahap motivasi dan kecergasan fizikal pemain.

“Sudah tentu perkara pertama dalam dua minggu ini saya akan lihat latihan dan berbincang dengan Kenneth. Namun pada masa hadapan, kami perlu merancang untuk mempertingkatkan taktikal dan konsistensi dalam gelanggang.

“Latihan itu lebih berat dan laju tetapi kita akan bagi dalam jangka masa pendek, dengan lebih banyak set serta pengulangan,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), semalam.

Naib juara Remaja Asia 2009 akan memberi tumpuan kepada pemain senior sebagai persiapan ke Sukan SEA hujung tahun ini sambil menilai sembilan pemain utama di bawah kendaliannya.

Iskandar turut memaklumkan kini terdapat 17 pemain di bawah seliaannya termasuk sembilan pemain senior, manakala baki lapan adalah daripada skuad remaja.

Katanya, pengalaman selama dua tahun membimbing Ireland akan dijadikan panduan untuk menyesuaikan corak latihan pemain tempatan agar lebih kompetitif di pentas antarabangsa.

“Buat masa ini belum ada sasaran spesifik. Tapi untuk Sukan SEA, kita akan cuba keluarkan prestasi terbaik kerana sasaran lebih besar adalah Piala Uber di Denmark nanti,” katanya.

Ketika ini, hanya dua pemain iaitu K. Letshanaa dan Wong Ling Ching yang beraksi secara tetap dalam saingan Jelajah Dunia BWF, itupun kebanyakannya di kejohanan tahap rendah.

BAM pada 30 Jun lalu, BAM mengumumkan pelantikan Iskandar sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan struktur kejurulatihan perseorangan negara sekali gus menggantikan pengendali dari Indonesia, Jeffer Rosobin meletakkan jawatannya, tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×