PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah membuat kesimpulan yang tidak tepat dan tidak adil berhubung dokumentasi pemain warisan Harimau Malaya. Menurut FAM, segala dokumentasi dan penyerahan berkaitan kelayakan pemain telah disediakan, disahkan, dan diuruskan sepenuhnya oleh pihaknya mengikut prosedur yang ditetapkan dan pemain juga bertindak dengan penuh niat baik “FAM memandang serius beberapa kesimpulan, khususnya dakwaan bahawa para pemain ‘memperoleh dokumen yang dipalsukan’ atau…