MENAIKKAN lantai kesejahteraan rakyat merujuk usaha kerajaan untuk menetapkan tahap minimum kualiti hidup yang bermaruah bagi setiap rakyat. Konsep ini berasaskan prinsip ekonomi yang adil bagi memastikan keselamatan, maruah dan peluang sama rata untuk semua selain berfungsi sebagai jaring pengaman sosial yang menghalang mana-mana segmen masyarakat daripada jatuh ke tahap kemiskinan atau kekurangan asas. Ia bukan sekadar tentang bantuan kewangan tetapi merangkumi akses menyeluruh kepada perkhidmatan penting, gaji yang adil,…