SEPANG: Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly menerima durian runtuh berjumlah RM79,333 selepas meraih pingat emas serta mencipta rekod dunia baharu di Kejohanan Dunia Para Olahraga di New Delhi, India, minggu lepas. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, ganjaran itu meliputi bayaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) RM69,333 untuk pingat emas serta tambahan RM10,000 kerana memperbaharui rekod dunia. “Untuk Datuk Abdul Latif Romly, hadiah…