KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia perlu mengembalikan semula peraturan mewajibkan pemain bawah 23 tahun beraksi dalam semua perlawanan anjuran badan itu sekali gus membuka ruang mereka mendapat minit permainan. Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darulnaim (Kelate.Net) Mohd. Nurul Mohd. Yusoh berkata, langkah itu turut membantu proses kematangan agar mereka tidak gentar beraksi di pentas antarabangsa jika dipanggil membarisi skuad Harimau Muda…










