Liga bawah perlu banyak cungkil bakat muda

Liga bawah perlu banyak cungkil bakat muda

Azlan Johar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekurangan pertandingan mengikut kategori bawah umur dilihat antara faktor bakat muda bola sepak negara semakin sukar dikesan.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, penubuhan akademi bola sepak bukan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut sebaliknya memperbanyakkan kejohanan mengikut peringkat bawah umur mampu mengetengahkan lebih ramai pemain berbakat.

“Dulu ketika di waktu kegemilangan bola sepak negara, kita tiada akademi bola sepak tetapi kita ada banyak pertandingan mengikut peringkat umur bawah 12, 15, 18 kemudian Piala Razak bawah 21 yang akan dipilih untuk mewakili negeri.

“Kalau nak harapkan buat akademi kena fikir juga faktor lain seperti gaji jurulatih, kos padang dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Azlan berkata dia menyambut baik hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu menyerahkan pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Namun, Azlan berkata, tumpuan tidak seharusnya diberikan kepada pemilihan pemain sahaja sebaliknya pelantikan jurulatih mesti dibuat dalam kalangan mereka yang berkualiti selain mengharapkan kelayakan semata-mata.

“Apabila pengambilalihan kuasa itu sudah berlaku, jurulatih perlu diberi tumpuan sebab mereka yang akan mengajar pemain jadi jika jurulatih tidak berkualiti bagaimana nak lahirkan pemain bermutu tinggi.

“Nak pilih pemain juga saya fikir ia perlu dilakukan oleh panel berkecuali yang tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana akademi dan ia perlu dibuat mengikut zon dibahagikan kepada utara, selatan, timur dan barat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN