LONDON: Alexander Isak tidak akan melupakan segala jasa Newcastle United yang memainkan peranan melonjakkan namanya di Liga Perdana Inggeris (EPL). Penyerang Sweden itu mengucapkan terima kasih kepada The Magpies selepas menyertai Liverpool dengan rekod perpindahan Britain bernilai 125 juta pound (RM707.7 juta). Penyerang berusia 25 tahun itu menyertai skuad Arne Slot dengan kontrak enam tahun, menamatkan drama panjang selepas bertindak mogok ketika mencari jalan keluar. Isak tidak beraksi bersama Newcastle…