KOTA BHARU: Atlet muda Terengganu berada pada kelas tersendiri selepas berjaya menjulang tiga piala termasuk merangkul kejuaraan keseluruhan Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Stadium Kijang Emas, di sini semalam. Terengganu muncul juara kategori bawah 18 dan 15 tahun selain meraih tempat ketiga untuk kategori bawah 12 tahun. Ketua Kontinjennya Ahmad Azli Ismail berkata, kejayaan cemerlang itu adalah hasil semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain…