Bil hospital pemuda kemalangan di Krabi cecah RM53,000

Bil hospital pemuda kemalangan di Krabi cecah RM53,000

MUHAMMAD Hazim Rafiq Hussain masih menerima rawatan di sebuah hospital di Krabi, Thailand selepas terlibat kemalangan pada 31 Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang pemuda yang menerima rawatan di sebuah hospital di Krabi, Thailand akibat kemalangan jalan raya di wilayah itu selamat menjalani pembedahan pada muka dan tebukan pada saluran pernafasannya.

Muhammad Hazim Rafiq Hussain, 21, menjalani pembedahan itu bagi membetulkan semula kedudukan tulang muka serta prosedur trakeostomi pada Rabu lalu.

Menurut Muhammad Harith Rafie, 24, adiknya buat masa ini masih menggunakan mesin bantuan pernafasan dan diberikan ubat tidur selain tiub pada paru-parunya yang sudah dicabut.

“Bil hospital setakat ini sudah berjumlah 446,000 baht atau kira-kira RM53,000. Jumlah itu selepas ditolak deposit yang telah dibayar sebanyak RM13,000 sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, proses rawatan masih berjalan dan kos dijangka terus bertambah, bergantung kepada perkembangan kesihatan Muhammad Hazim.

“Dana sumbangan yang diterima sebelum ini sebanyak RM21,000 dan baki yang masih ada kira-kira RM10,600. Buat masa ini, saya sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bil hospital ini,” katanya.

Kata Muhammad Harith, pihaknya juga akan cuba menguruskan proses membawa pulang adiknya untuk dirawat di hospital di Malaysia secepat mungkin.

Bagi yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Muhammad Harith 157401230105 atau menghubunginya di talian 017-474 2348.

Pada 4 Januari lalu, akhbar ini melaporkan seorang rakyat Malaysia dilaporkan koma di Krabi selepas motosikalnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di negara jiran itu pada 31 Disember lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×