PETALING JAYA: Kelicikan penyerang sensasi pasukan Buriram United, Suphanat Mueanta nyata menjadi mimpi ngeri buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila menghukum Harimau Selatan 2-1 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Buriram, kelmarin. Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui kelicikan penyerang muda sensasi Buriram United itu menjadi pemusnah Harimau Selatan untuk meraih tiga mata penuh di tempat lawan. JDT yang memburu tiga mata penuh…