Selangor yakin atasi Bangkok United

Selangor yakin atasi Bangkok United

KATSUHITO Kinoshi yakin Selangor FC mampu mendapatkan tiga mata penuh menentang Bangkok United di Stadium MBPJ hari ini. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi yakin anak-anak buahnya boleh menyerap cuaca waktu petang apabila menentang Bangkok United dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) hari ini.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan sepak mula jam 6 petang itu dianggap masih dalam kondisi sesuai untuk pemain-pemainnya.

“Saya tidak risau tentang bermain jam 6 petang. Jika jam 3 atau 4 petang, itu agak teruk, tetapi jam 6 petang masih boleh diterima,” katanya pada sidang media praperlawanan, semalam.

Menurutnya, tumpuan utama kini adalah memastikan skuad Red Giants memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, sekali gus meraih tiga mata penuh pada aksi pembukaan kumpulan.

“Kami tahu Bangkok United bukan lawan mudah, mereka ada kualiti dan pengalaman di pentas Asia. Namun, kami sudah lakukan persiapan terbaik untuk mencatat keputusan positif,” katanya.

Pengendali dari Jepun itu menegaskan, kunci utama untuk berdepan Bangkok United dalam saingan ACL2 hari ini adalah disiplin, fokus dan semangat berpasukan tanpa terlalu memikirkan kelebihan tuan rumah.

Menurutnya, meskipun lawan dari Thailand itu dianggap seimbang dan memiliki barisan pemain berkualiti termasuk import dari Serbia, Brazil dan Jepun, Selangor harus lebih menitikberatkan corak permainan sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN