PETALING JAYA: Ratu basikal trek negara, Nur Izzah Izzati Mohd Asri meletakkan sasaran memecahkan rekod peribadi (PB) dalam acara pecut selain mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir acara Keirin pada Kejohanan Dunia 2025 di Chile, bermula 22 Oktober ini. Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, Harnizam Basri berkata, Izzah layak beraksi menerusi ranking dunia, bukannya wildcard, sekali gus menambah keyakinan pasukan bahawa pelumba berusia 22 tahun itu mampu mencipta kejutan.…










