PETALING JAYA: Meskipun membuka kempen Piala Agong dengan kemenangan luar biasa, pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) enggan mendabik dada, sebaliknya mahu kekal fokus. Pengurus pasukan, SAC Nasir Mansor menegaskan kemenangan 125-0 ke atas Kedah hanya langkah awal untuk mempertahankan kejuaraan. Beliau menekankan bahawa jumlah jaringan bukan isu utama, sebaliknya konsistensi sepanjang kejohanan lebih penting. “Kita sasar untuk menang sebagai tanda langkah kanan mempertahankan kejuaraan. “Skor bukannya isu, yang penting…










