LONDON: Liverpool bersetuju untuk menandatangani penyerang Sweden, Alexander Isak dari Newcastle United dengan rekod perpindahan termahal di Britain, bernilai sekitar 130 juta pound (RM740 juta), menurut laporan The Athletic dan The Telegraph. The Athletic turut melaporkan Isak sudah menjalani pemeriksaan perubatan semalam sebelum melengkapkan kontrak enam tahun bersama juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Isak merekodkan 23 gol dalam EPL musim lalu, di belakang pemenang kasut emas iaitu penyerang…