APABILA kita menyebut bangsa Melayu, ramai yang membayangkan satu identiti tunggal. Tetapi sesungguhnya, bangsa Melayu di Malaysia adalah umpama sehelai kain tenunan daripada pelbagai benang, misalnya Jawa, Bugis, Minangkabau, Boyan, Mandailing, Banjar, Kerinci, Batak, Sunda, Madura, Aceh dan Ambon. Masing-masing memiliki bahasa dan budaya yang khusus, unik dan tersendiri. Malah, terdapat juga identiti unik kumpulan yang dikenali sebagai Melayu Cape, Melayu Cocos, Melayu Brunei, Melayu Johor, Melayu Kedah, Melayu Kelantan, Melayu Pahang dan…