PETALING JAYA: Ratu trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bakal menjadi sandaran tunggal Malaysia pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Santiago, Chile bulan depan. Harapan lain negara berkecai selepas kehilangan jaguh berpengalaman, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang masih dibelenggu kecederaan lutut berulang pada saat akhir. Lebih mendukacitakan, trio pecut lelaki negara menerusi Muhammad Ridwan Sahrom, Muhammad Fadhil Zonis dan Mohd. Akmal Nazimi Jusena turut gagal menepati masa kelayakan dalam…