PRISTINA: Penyerang termahal Liga Perdana Inggeris (EPL), Alexander Isak gagal membantu Sweden dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026, semalam. Sweden memasang impian besar untuk ke Piala Dunia 2026, namun hasrat mereka terencat apabila dimalukan Kosovo 2-0 biarpun dibarisi pemain bintang. Dalam aksi itu, Sweden ketinggalan pada minit ke-26 apabila penjaga gol, Robin Olsen menepis percubaan Elvis Rexhbecaj tetapi bola muntah terkena betis pemain tengah itu lalu masuk ke gawang. Vedat…