LONDON: Perpindahan impian Marcus Rashford ke Barcelona berisiko bertukar menjadi mimpi ngeri apabila media Sepanyol melaporkan kelab gergasi Sepanyol itu sudah mempertimbangkan untuk menghantarnya kembali ke Manchester United. Penyerang England berusia 27 tahun itu, menyertai Barca secara pinjaman semusim pada musim panas ini dengan klausa pilihan pembelian bernilai 30 juta pound (RM171 juta). Begitupun selepas hanya tiga aksi La Liga, Rashford dilaporkan berada dalam senarai penyingkiran berikutan prestasi hambar dan…