Rashford balas kepercayaan Flick

Rashford balas kepercayaan Flick

Penyerang Barcelona, Marcus Rashford (kanan) menanduk bola ke gawang gol dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Newcastle di St James' Park, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Pengendali Barcelona, Hansi Flick mengakui tidak terkejut dengan persembahan luar biasa ditunjukkan Marcus Rashford ketika dia meledak dua gol, membantu Barca menang 2-1 ke atas Newcastle United dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah di St James’ Park, semalam.

Kemenangan itu, menambah keyakinan Flick yang menjadikan Rashford sasaran utama musim panas lalu dan mempertahankan penyerang England itu yang sebelum ini bergelut dengan prestasinya.

“Saya tidak terkejut, dia pemain yang sangat berbakat. Dua golnya hari ini luar biasa, terutama yang kedua.

“Paling penting, dia kini semakin yakin dan ia bagus untuk dirinya dan juga pasukan,” kata Flick.

Rashford memecah kebuntuan pada minit ke-58 menerusi tandukan deras hasil hantaran Jules Kounde, sebelum menggandakan jaringan sembilan minit kemudian dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang menewaskan Nick Pope.

Newcastle cuba bangkit di hujung perlawanan menerusi jaringan Anthony Gordon pada minit ke-90, namun ia sudah terlalu lewat.

Rashford yang telah menjaringkan tujuh gol sepanjang menentang Newcastle dalam kariernya menyifatkan detik di St James’ Park sebagai istimewa.

“Saya sedang belajar cara permainan baharu di Barcelona, ia menjadikan saya pemain lebih baik. Saya semakin selesa dan seronok bermain dengan pasukan ini,” kata Rashford.

Pada aksi itu, Barcelona turun tanpa Lamine Yamal, Alejandro Balde dan Gavi akibat kecederaan, sehingga terpaksa bertahan di awal permainan susulan diasak oleh tuan rumah. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN