Garces tidak sabar sertai Harimau Malaya

Garces tidak sabar sertai Harimau Malaya

Aksi Facundo Tomas Garces (dua dari kanan) ketika menentang Singapura dalam Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Facundo Garces sudah tidak sabar untuk kembali menyertai kem latihan skuad negara pada Oktober ini.

Jurulatih dari Australia itu berkata, semangat luar biasa yang ditunjukkan pemain kelahiran Argentina itu menjadi inspirasi kepada rakan sepasukan lain dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Beliau berbalas mesej dengan sebahagian staf dan bercakap mengenai kem sambil membuat persiapan bersama kelabnya.

“Garces tidak sabar untuk kembali Oktober ini. Saya bangga beliau mewakili Malaysia kerana dia mempunyai hubungan istimewa dengan negara, sama seperti pemain lain.

“Perasaan bangganya memakai jersi Malaysia benar-benar memberi inspirasi,” katanya ketika muncul dalam satu temu bual.

Sejak menerima panggilan pertama pada Jun lalu, Garces sudah merekodkan dua penampilan bersama Harimau Malaya.

Khidmat ‘orang besi’ berusia 29 tahun itu pasti ditagih untuk dua aksi penting kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada Oktober.

Malaysia bakal berkunjung ke Vientiane pada 9 Oktober sebelum melayan Laos di gelanggang sendiri pada 14 Oktober.

Kemenangan dalam kedua-dua perlawanan itu dijangka mencerahkan peluang skuad negara mengesahkan tiket ke Piala Asia 2027. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×