Doku balas kepercayaan Guardiola

Doku balas kepercayaan Guardiola

JEREMY DOKU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pep Guardiola memuji peningkatan prestasi Jeremy Doku selepas pemain sayap Belgium itu mempamerkan aksi menakjubkan membantu Manchester City membelasah Burnley 5-1, semalam.

Doku yang sering dipalit dengan persembahan tidak konsisten sepanjang dua musim awal bersama City tetap mendapat kepercayaan Guardiola dan kini pemain berusia 23 tahun itu kini semakin menemui rentak.

“Saya minta pemain sayap di kawasan akhir untuk cuba satu lawan satu atau satu lawan dua, dan saya rasa keputusan yang dibuat Doku di kawasan akhir meningkat.

“Berbanding sebelum ini, dia berjaya membuat hantaran kepada Haaland, nampak ruang, dan dia ancaman luar biasa menentang pasukan yang bermain bertahan.

“Doku sangat penting. Bila perlawanan berentak pantas, mungkin dia sedikit bergelut, tapi bila dia dapat bola, dia bawa lawan masuk ke kotak.

“Sekarang dia pandai membaca permainan. Bila Doku pergi untuk gol kedua, dua atau tiga lawan mengikutinya. Kini dia tahu bila lawan menutupnya, siapa pemain lain yang bebas untuk cipta hantaran lintang atau hantaran tambahan. Dia banyak meningkat,” kata Guardiola.

Doku memperlihatkan kematangan membuat keputusan ketika Erling Haaland meledak dua gol pada penghujung permainan untuk melengkapkan pesta jaringan di Stadium Etihad.

Sepanjang tujuh penampilan musim ini, Doku merekodkan satu gol dan tiga bantuan jaringan.

Kemenangan ini memberi nafas lega buat City selepas permulaan musim yang hambar dengan kekalahan kepada Tottenham dan Brighton. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN