PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara turun dengan misi wajib menang ke atas Thailand dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia B-23 2026 di Stadium Thammasat, hari ini. Berdepan pasukan tuan rumah yang turut memburu kemenangan pastinya menjadi perlawanan sukar buat anak buah Nafuzi Zain, namun mereka tidak mempunyai pilihan selain melakar kemenangan. Ketika ini, ‘jalan sehala’ iaitu menang menjadi laluan skuad B-23 jika mereka memasang impian untuk layak…