Ujian getir menanti Zii Jia di Paris

Ujian getir menanti Zii Jia di Paris

Lee Zii Jia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lee Zii Jia sah akan menyertai Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris yang bermula 25-31 Ogos ini.

Pemain perseorangan lelaki profesional negara itu yang sebelum ini berteka-teki mengenai penyertaannya pada kejohanan berprestij tersebut tidak bertindak menarik diri daripada tarikh akhir yang ditetapkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kelmarin.

Semalam, BWF telahpun melaksanakan undian menjelang Kejohanan Dunia dan nama Lee Zii Jia berada di dalam senarai 64 pemain perseorangan lelaki yang diketuai bintang No. 1 dunia, Shi Yu Qi dari China.

Anak jati Kedah itu bakal berdepan wakil Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin pada pusingan pertama dan ujian getir menanti di peringkat seterusnya apabila dijangka bertemu bintang No. 4 dunia, Li Shi Feng dari China.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Zii Jia yang terpaksa berehat panjang hampir lima bulan akibat kecederaan buku lali.

“Saya juga mahu tengok Zii Jia bertambah baik dalam prestasi beliau dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada Zii Jia dan saya harap Zii Jia akan beraksi dengan baik,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Grand Prix Motosikal Malaysia 2025 di ibu negara, kelmarin.

Walau apa juga cabaran menanti Zii Jia yang mendapat perlindungan ranking BWF di kedudukan No. 9 dunia, dia perlu mengharunginya kerana kejohanan dunia merupakan pertandingan pertamanya selepas kembali daripada kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN