PETALING JAYA: Sudah tiga dekad Malaysia belum berupaya mencari pengganti pelari jarak jauh negara, M. Ramachandran yang pernah menggegarkan pentas antarabangsa. Ramachandran merupakan nama besar bagi acara 5,000 dan 10,000 meter (m) terbaik yang Malaysia pernah lahirkan kerana di samping sentiasa menghadiahkan pingat emas di Sukan SEA, beliau juga merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam acara tersebut. Dua rekod kebangsaannya yang masih bertahan lebih tiga dekad, 5,000m menerusi masa 14:06.82s dicipta…










