PETALING JAYA: Sebanyak 11 negara mengesahkan penyertaan ke Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang dianggap medan terbaik buat atlet negara mengerah kudrat mencari tempat ke Sukan SEA 2025. Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Karim Ibrahim berkata, jumlah keseluruhan atlet yang bertanding pada kejohanan itu yang akan diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra, Perlis pada 29 hingga 31 Ogos ini adalah seramai 700 orang dari dalam dan luar negara. “11 negara akan…