LONDON: Penyerang Tottenham Hotspur, Richarlison dipilih sebagai pemain terbaik minggu pertama Liga Perdana Inggeris (EPL). Richarlison muncul wira apabila menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 Spurs menentang pasukan pendatang baharu liga, Burnley. Gol pertamanya hadir menerusi satu penyudah kemas hasil hantaran lintang Mohammed Kudus yang menewaskan benteng lawan. Tidak lama kemudian, penyerang Brazil berusia 28 tahun itu mencuri tumpuan dengan sepakan gunting menakjubkan untuk menggandakan kedudukan sekali gus diiktiraf sebagai…