Red Bull perlu lalu fasa pembinaan semula - Verstappen

Red Bull perlu lalu fasa pembinaan semula – Verstappen

MAX VERSTAPPEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia empat kali, Max Verstappen percaya Red Bull perlu melalui satu lagi fasa pembinaan semula sebelum dapat kembali bersaing untuk kejuaraan Formula Satu (F1).

Red Bull telah mengalami kejatuhan prestasi yang ketara dalam F1 tahun ini, dengan Verstappen sendiri menyifatkan jentera RB21 sebagai perlahan dan sukar untuk dipandu.

Selepas 14 pusingan, pasukan dari Milton Keynes itu hanya mengumpul 194 mata, kurang daripada separuh jumlah yang mereka peroleh pada peringkat yang sama musim lalu ketika mendahului kejuaraan pengeluar.

Bagi Verstappen, penurunan prestasi pasukan itu adalah sebahagian daripada kitaran semula jadi daya saing dalam F1.

“Pasukan ini telah melalui fasa menang kejuaraan sebelum saya tiba, kemudian apabila saya tiba, sedikit fasa pembinaan semula, dan kemudian kami benar-benar mencapai kemuncak semula dengan memenangi kejuaraan.

“Sekarang saya rasa ia sedikit fasa pembinaan semula. Kami masih merupakan pasukan yang sangat kuat tetapi saya fikir untuk membuat lonjakan semula, perlu ada sedikit pembinaan semula atau penstrukturan semula, dan memahami apa yang sedang berlaku.

“Itu sudah tentu mengambil sedikit masa tetapi diharapkan tidak terlalu lama.

“Saya rasa itu juga sebahagian daripada mentaliti pasukan (untuk bangkit semula selepas kejatuhan), ia memang sentiasa begitu, jadi saya tidak terlalu risau tentang perkara itu,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN