Penyokong Reds dikecam gara-gara isu perkauman

Penyokong Reds dikecam gara-gara isu perkauman

Pengurus Liverpool, Arne Slot bercakap sesuatu dengan Antoine Semenyo selepas insiden penyokong Liverpool melakukan serangan perkauman terhadap pemain Bournemouth itu di Anfield, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kapten Bournemouth, Adam Smith mendedahkan bagaimana Antoine Semenyo berasa terluka akibat serangan perkauman kepadanya oleh seorang penyokong Liverpool, semalam.

Dunia bola sepak telah bersatu mengecam insiden tersebut yang menyaksikan seorang penyokong berkerusi roda dihalau keluar dari Anfield oleh polis selepas menjerit ke arah Semenyo ketika dia bersedia melakukan lontaran ke dalam.

Walaupun insiden itu berlaku pada separuh masa pertama, Semenyo tetap berjaya menjaringkan dua gol yang mana Liverpool menang 4-2.

Semenyo akhirnya bersuara di Instagram, mempersoalkan bila semua ini akan berhenti selepas seorang penyokong meninggalkan emoji monyet di bawah salah satu gambarnya sehingga mengundang kemarahan Smith selepas perlawanan.

“Perkara ini langsung tidak boleh diterima, saya terkejut ia masih berlaku pada zaman sekarang.

“Ia sepatutnya tidak berlaku. Saya tak tahu macam mana Ant (Semenyo) masih boleh bermain dan menjaringkan gol selepas itu. Ia betul-betul tidak boleh diterima. Saya rasa kasihan pada Ant. Dia agak murung.

“Saya rasa marah. Terkejut. Saya beritahu pengadil yang saya mahu penyokong itu dikeluarkan serta-merta, tapi mereka perlu ikut prosedur dan polis akan uruskannya” kata Smith kepada Sky Sports.

Insiden tersebut berlaku hanya 28 minit selepas musim baru bermula, ketika Semenyo sedang bersedia untuk melakukan lontaran ke dalam sebelum dia kelihatan diejek oleh seorang penyokong Liverpool.

Penyerang berusia 25 tahun itu segera memaklumkan kejadian itu kepada pengadil, Anthony Taylor, dan perlawanan dihentikan sementara.

Pengurus Bournemouth, Andoni Iraola, dilihat berbincang dengan pegawai perlawanan dan pengurus Liverpool, Arne Slot sebelum perlawanan disambung semula pada minit ke-31. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN