LONDON: Kapten Bournemouth, Adam Smith mendedahkan bagaimana Antoine Semenyo berasa terluka akibat serangan perkauman kepadanya oleh seorang penyokong Liverpool, semalam. Dunia bola sepak telah bersatu mengecam insiden tersebut yang menyaksikan seorang penyokong berkerusi roda dihalau keluar dari Anfield oleh polis selepas menjerit ke arah Semenyo ketika dia bersedia melakukan lontaran ke dalam. Walaupun insiden itu berlaku pada separuh masa pertama, Semenyo tetap berjaya menjaringkan dua gol yang mana Liverpool menang…