Rosenior nafi Palmer tinggalkan Chelsea

Rosenior nafi Palmer tinggalkan Chelsea

Cole Palmer
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAPLES: Pengurus Chelsea, Liam Rosenior menyifatkan spekulasi Cole Palmer akan meninggalkan Stamford Bridge tidak benar meskipun terdapat laporan mengaitkan pemain England itu dengan perpindahan ke Manchester United.

Memuatkan artikel berkaitan…

Palmer yang dilahirkan di Manchester, menyertai Chelsea dari Manchester City pada 2023 dan pantas menonjol diri untuk menjadi tonggak The Blues dalam dua musim pertamanya di London.

Laporan terkini mendakwa pemain berusia 23 tahun itu mungkin berminat kembali ke utara England bersama kelab yang disokongnya sejak kecil.

Namun, impak Palmer musim ini terhad susulan kecederaan berulang dengan hanya lima gol dan tiada bantuan jaringan dalam 13 penampilan bagi semua pertandingan.

“Saya tidak terkejut dengan spekulasi ini. Pengurus baharu tiba dan tiba-tiba ada yang cuba mengganggu.

“Ia tidak benar. Palmer kekal di sini, dia amat gembira dan saya tidak sabar melihatnya beraksi.

“Tiada sebab untuk beri jaminan. Ia terlalu tidak realistik. Berita ini datang entah dari mana dan tiada asas. Tiada keperluan untuk perbincangan, itulah pendirian saya,” kata Rosenior.

Palmer kembali disenaraikan dalam skuad Chelsea yang berlepas ke Itali selepas diketepikan dalam dua perlawanan sebelum ini kerana kecederaan pangkal paha. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN