Nor Sarah kembali ke balapan

Nor Sarah kembali ke balapan

Nor Sarah Adi kembali menjalani latihan sebagai persiapan ke Sukan SEA Thailand 2025. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas hampir setahun melakukan rawatan pemulihan, atlet olahraga negara, Nor Sarah Adi kembali menjalani latihan sebagai persiapannya menghadapi Sukan SEA 2025 Thailand.

Atlet berusia 24 tahun itu melakukan pembedahan akibat kecederaan buku lali kanannya dan terpaksa berehat selama tujuh bulan sebelum kembali melakukan latihan.

Nor Sarah dibimbing jurulatih, Roslinda Samsu akan memberi tumpuan kepada acara lompat bergalah pada temasya itu nanti selepas atlet dari Pahang itu mengesahkan dia tidak akan bertanding dalam 4×100 meter (m) wanita.

“Ramai yang tanya, untuk Sukan SEA 2025 saya fokus pada lompat bergalah sahaja. Itu acara tumpuan untuk saya sendiri di mana saya sudah ada sasaran di situ.

“Lagi pun, untuk jangka masa beberapa bulan lagi ini hanya sesuai untuk saya melakukan persediaan bagi acara lompat bergalah,” katanya.

Menurut Nor Sarah, dia telah menyertai kejohanan bagi mendapatkan semula suasana pertandingan malah melakukan catatan terbaiknya musim ini dengan lompatan 3.80 meter (m).

“Saya pun dah mula berlatih dengan teknik lompatan dan saya juga sudah cuba menyertai kejohanan. Jurulatih ada buat kejohanan di sini (Bukit Jalil) dan kita cuba dapatkan pengalaman selepas lama tidak menyertai mana-mana kejohanan,” katanya.

Sebagai rekod, Nor Sarah merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi 2021 dan perak di Kemboja 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×